Monday 6 February 2017

Gold Coast Morib International Resort Review

Assalamualaikum dan salam untuk semua. Untuk entry kali ni aku nak review pasal hotel yang aku dan family stay sepanjang short vacation kami masa Chinese New Year. Yalah aku kan budak tourism jadi tak salah rasanya kalau aku review berkenaan dengan tourism sendiri. Boleh lah orang lain jadikan panduan and nilai sendiri. Setiap individu ada pendapat masing-masing. Dan ini adalah pendapat aku sendiri.








Gold Coast Morib International Resort ni terletak di Mukim Morib, Banting, Selangor ye. Kalau nak lebih detail silalah guna khidmat pakcik Google dan jangan segan silu menggunakan sedikit data anda. Kihkihkih. Sebab aku stay Batu Pahat jadi perjalanan tu mengambil masa 2 jam lebih jugak lah tu pun dah tekan minyak berdiri πŸ˜‚πŸ˜‚ nasib baiklah masa tu jalan tak jam taklah molokek atas jalan raya tu. Kawasan Morib ni dia kampung lagi so fefeeling balik kampung gitulah walaupun bukan kampung aku haaaaaa 😁adalah lalu berapa kawasan pekan and yang selebihnya kawasan ladang kelapa sawit dan rumah-rumah penduduk kampung. Waktu siang memang mudah cari lokasi Gold Coast Morib ni tapi bila waktu malam kena lebih peka sebab lampu jalan tak hidup jadi kawasan jalan tu gelap sangat.

Apa bestnya Gold Coast Morib ni?

Bestnya Gold Coast Morib ni kan sebab dia ada Water Amusement Park dekat tengah-tengah bangunan resort tu so adalah aktiviti untuk bermain air sebab pantai yang berhampiran pun tak sesuai untuk bermandi-manda. Kalau setakat nak snap gambar tepi pantai tu bolehlah. Lawa jugak view tepi laut tu. So, berbalik pada cerita Water Theme Park tu kan kalau datang tak menginap cuma nak main air entrance fee nya adalah RM 25.00 (12 tahun & ke atas) untuk kanak-kanak pulak RM 15.00 (2 hingga 11 tahun). So Water Theme Park ni bukak 8 pagi sampai 7 malam. Tapi masa aku pergi tu tutup pukul 6. Sembang jugak depa nih ! πŸ˜… Tapi disebabkan masa tu kami menginap so kami book Studio Suite jadi dapatlah 2 tiket free !


Kalau book Apartment 2 bilik dapat 4 tiket free, kalau book Apartment 3 bilik (Family Room) dapatlah 5 tiket free untuk ke Water Theme Park. Masa tu kami check-in hari Rabu so menginap 1 malam saja. Staff kat situ cakap boleh guna tiket tu untuk 2 hari dengan syarat jangan tanggalkan/koyakkan dari tangan. Haaaaa. Kalau tak puas mandi hari ni simpan tiket tu pakai elok-elok esok pi balun main lagi HAHAHA. Nasib baiklah walaupun pergi masa CNY tak ramai sangat pengunjung yang datang. Jadi tak adalah penuh sangat Water Theme Park tu. Nak kuak kupu-kupu pun selesa sajaa. Pls take note even parents taknak mandi tapi kena beli juga tiket untuk mengawasi anak-anak yang masih kecil. Lifeguard pun ada jadi tak perlu risau sangat.


                                                                                                       ( Auchhh sun kiss skin so hot)


Sebab waktu ni pun dah petang so tak lama sangat pun berendam. Lagipun waktu ni migraine datang menyerang so tak berapa nak enjoy sangat. Anyway sebelum entrance nak ke pool tu ada lah kafe untuk minum-minum petang tapi harga dia agak mahal. Secawan teh sajee RM 10 πŸ˜‚ kalau yang tak kisah tu tak apalah tapi sesiapa yang tak expect harga dia kan kesian nanti terkejut beruk Hahaha.

Best ke Studio Suite?

Pada aku okay sangat sangat sebab ada JACUZZI !!! Hahaha. Aku tak tahulah kenapa tapi memang habit aku mesti nak tengok bathroom bilik tu macam mana. Lain-lain aku tak kisah sangat. Kami book through Trivago jadi kami dapat harga dalam RM 261 ++ macam tu. Kalau Family Room dalam RM 400++ jugak. Studio Suite ni ada choice sama ada nak 1 king bed or 2 twin bed. Kena ingat tau Studio Suite ni cuma sesuai untuk 2 ORANG SAHAJA. Kalau nak bertiga pun boleh tapi kena choose twin bed pastu nanti kena rapatkan katil tu. Kalau 4 orang tu dah dikira terlebih muatan dah.. Kena book Family Room.

Masuk-masuk je bilik memang jumpa bathroom dulu so nampak la jacuzzi tu. Apalagi melompat-lompat lah keriangan. Bilik ada LCD bersaluran standard hotel.. faham-fahamlah standard hotel tu macam mana yaa πŸ˜‚ Lepastu ada iron board ada iron, mini bar, pengering rambut, safety box, aircond, kipas siling, sikat, sewing kit, tooth brush, shaver. Bilik air memang luas sebab ada sinki, toilet, jacuzzi dengan shower. Tempat shower tu pulak berkaca. Oh yaa satu benda yang aku sangat frust berada di sini adalah wifi nya yang sangat limited.


Kat sebelah katil tu jendela bilik air. Hahaha. Maintenance agak kureng sebab ada kayu yang melopong kat situ so orang kat luar boleh je nampak orang yang tengah mandi dalam tu. Parking lot pun okay sebab tak full and free of charge yee tak payah bayar. One more thing dalam bilik tu ada balkoni so boleh lepak luar ambik angin tengok pemandangan - even pantai jauh samar-samar je nampak. Overall facilities dalam bilik tu memang okay sangat-sangat cuma maintenance and kebersihan je. Bukan masalah terlampau kotor cuma boleh nampak kat kabinet LCD tu ada habuk-habuk and kotak rokok dari guest yang sebelumnya.






Bathroom memang best sebab jacuzzi. Kalau tak berendam kat Water Theme Park pun boleh berendam dalam bilik je tak payah lari jauh-jauh huhu. Sesuai sangat untuk couple yang honeymoon πŸ’— kalau terlupa bawak berus gigi jangan risau ada disediakan berus gigi and shaver. Shower cap macam biasalah memang mereka provide. Kebersihan kat bathroom pun full marks. Tapi diingat, seronok seronok juga jangan sampai leka sampai berejam kat bilik air. Lawa mana pun ia tetap rumah syaitan 😁




Service kat sini okay juga. Receptionist sangat peramah. Breakfast pun ada aneka makanan. Pilih je nak makanan tempatan or western style. Ada nasi lemak, spagetti, sandwich, coco crunch, kuih muih, macam-macam lagi. Tapi to be honest rasa dia tak berapa wow lah tapi kenyang jugak makan tu pun makan coco crunch.. Anyway kalau nak berjalan kat pantai yang berhampiran pun boleh. Tak jauh pun cuma berapa minit je dari tempat penginapan. Menarik juga untuk selfie dan ambil gambar beramai-ramai. Khabarnya pada waktu malam Gold Coast Morib ada provide ikan bakar di The Pier tapi kami lebih memilih untuk makan di luar. Pada sesiapa yang belum pernah lagi jejak kaki kat sini bolehlah panjangkan langkah anda sebab tak rugi pun book bilik dekat Gold Coast Morib ni sebab tempatnya pun BESTTTT. See ya !

















Saturday 7 January 2017

I Got A Diary

5:54pm. Tengah bosan, tersangat bosan. Tadi aku syok main game and tiba2 aku stuck kat satu level tu. Damn aku tak faham gila apa game tu nak tapi sememangnya aku totally lost. Aku pun geram terus aku exit πŸ˜‚ Tengah belek2 laptop ni aku terperasan bawah katil aku ada banyak buku tersusun elok. Habuk jangan cakap ah memang dah berkati kati habuk dok melekat. Lepastu baru aku perasannnnn...... DIARY AKU !!!!😁😁 Lama gila tak bukak diary ni weh
Diary Wany Kepochi

Haa nampak tu ! Merah merah gitu nak buat abang marah sangat kan hihihi. 
Aku tak tahu lah kenapa aku sampai nak beli Diary ni padahal bukannya selalu aku cerita apa-apa dalam tu melainkan, kalau rajin and bosan.
Tengok jela blog ni bukan selalu pun aku post entry. Ada benda nak bebel baru aku post pepanjang lebar gittew katanyaa. Tapi bila bukak Dear Diary tu aku baca banyak jugaklah yang aku dah tulis. Tahun ni tak ada lagi aku tulis insyaAllah nanti aku celoteh kat Dear Diary pulak πŸ‘© 

Tapi banyak cerita sedih kat Diary tu :( sebab waktu tu biasalah ada masalah sikit. Nak buat macam mana kan kita tak akan selalunya bahagia. Akan ada giliran kita untuk diuji untuk membuat kita lebih kuat. Bila aku belek2 lagi aku baca pun menitis air mata tapi cover2 jugak lah sebab taknak roommate nampak πŸ˜‚ kang dia orang pelik je dah kenapa ni nangis tiba-tiba. Tak sangka aku pernah diuji macam tu. Alhamdulilah untuk semua ujian yang diberi. Nah aku bagi la sikit2 apa yang aku dah tulis tu 





Biasalah hand writing kan memang tak selawa macam yang typewriter buat hohoho maaflah kalau tak faham apa yang ditulis. So penting ke Diary ni? Pada aku memang penting sangat sangat. Itulah tempatnya kita nak luahkan rahsia kita. Lagipun memori dan ingatan kita ni ada hadnya. Kita tak akan mampu untuk mengingat semua benda. Bahkan hari2 yang kita pernah lalui sekalipun. Kalau ada Diary and kita baca balik baru kita ingat apa yang kita dah lalui. Bolehlah tahu oh tarikh sekian2 ni aku ada masalah.

Tapi mostly orang akan cari Diary bila dia kesedihan atau kesepian. Sama jugak macam aku sebab aku tak jumpa sebarang benda yang happy pun kat Diary aku. Dah sedih baru nak cari ye tak? Hahaha kesian Diary. Tapi pada aku, aku tulis tentang apa dalam hati aku sebagai satu terapi untuk lupakan hal tu and maafkan orang yang ada buat salah kat aku.

Kebanyakan yang aku tulis kat dalam Diary tu pasal BF aku. Ahahaha I wrote a lot about him dan tak semua yang aku bagi dia baca. Writing is a very good therapy. Kalau kau pendiam kau memang digalakkan sangat untuk menulis. Setidaknya kau boleh anggap Diary tu sebagai kawan kau yang setia sebab simpan banyak rahsia kau 😊

Desire becomes surrender. Surrender becomes power.

























Friday 6 January 2017

Why I Made Twitter Account?


I did this entry with hungry tummy. Entah kenapa hari cuti je mesti malas nak makan mesti malas nak masak. Semua benda malas nak buat. Nak buat apa memang tak jalan langsung πŸ˜“πŸ˜–Macam mana nak maju ni Wany.. Disebabkan aku ada gastrik jela aku ikutkan jadual makan, siang malam mesti nak kena makan. Aku tak kisah pun berlapar. Tapi kalau aku tahan lapar mesti aku kena sakit kepala yang teruk. Sampai kan aku tak sedar aku dah ketuk2 kepala dengan belakang tapak tangan aku sendiri. Tak boleh nak tahan sakit yang datang tu😞 And dalam seminggu aku memang wajib kena sakit kepala. Bila aku borak dengan tempat praktikal dulu tu dia kata sebab aku ada gastrik and bila aku tak makan, gas kat perut aku naik ke kepala. So nak tak nak memang aku terpaksa makan. Tapi yang aku perasan bila aku makan siang malam aku lebih cepat lapar. Makan nasi 2 3 jam lepastu terus rasa lapar. Padahal dulu masa sekolah tak pernah pulak perut aku buat hal.

Okay dah2 lah tu bebel Kepochi wey. Mula2 cerita pasal malas nak makan je pun tiba2 meleret jadi melebih sampai makan half page kat screen laptop aku ni πŸ˜“Aku nak cerita pasal kenapa aku buat Twitter tu.. Bukan sebab kenapa aku malas makan. Sorry tapi biasalah tu perempuan kan banyak benda dia fikir sebenarnya. Sebab tu bila perempuan cakap potpetpotpet tak boleh nak berenti. So sebelum aku busy menghadap final report aku and assignment and test yang bertimbun umpama Gunung Daik baiklah aku post pasal Twitter ni sebab aku tahu ada seseorang yang tak puas hati sebab apa aku sampai nak buat Twitter. Mana taknya sebelum ni mana aku ada main Twitter. First time dalam hidup lah wey, kali pertama dalam 21 tahun hidup aku buat Twitter tu.

So buat awak yang masih marah kat saya pasal Twitter tu, kalau awak baca entry ni, saya nak bagitahu awak ni saya tengah dengar lagu Check Yes Juliet lagu favorite kita 😍and of course lah saya tak mintak awak baca hari ni esok or lusa sebab awak pun jarang nak baca blog saya yelah awak cakap sekarang kan awak nak fikir pasal diri sendiri je kan πŸ˜‰ baca nanti2 pun tak apa bila semuanya dah okay dah cool down.

You know the big mistake I did is I'm not telling him about the Twitter account. So kat situ memang nampak yang aku ni tak jujur tak cakap kat dia awal2 aku dah buat Twitter. Daripada memilih untuk jujur dan cerita semuanya aku tak tahu kenapa tiap kali jumpa dia aku tekan button Uninstall and lepas itu Install balik. Aku tak tahu apa kena dengan aku ni. First, aku buat Twitter tu aku memang tak beritahu sebab aku fikir the usage of it would be just a short term usage. Means that aku tak rancang untuk pakai Twitter untuk masa yang panjang. So thats why aku fikir 'Okay tak apalah sekejap je ni and dia tak perlu tahu'. Diam tak diam seminggu jadi dua minggu, dua minggu jadi tiga. Aku dah mula takut dia akan tahu sebab kalau dia tahu pasti sepastinya dia marah/merajuk/bengang kat aku !

Tapi orang kata sepandai pandai tupai melompat kan.. Pasti ada satu hari tupai tu terover confident lalu terpelecok. Anddddddd, dia tahu sendiri sebab dia Google-ing nickname aku yg pemes. So aku dah terkantoi. Worst case scenario huhu. Thats why la wahai para2 pencinta sekalian just be honest with your partner coz sooner or later he/she will find out what you struggle to hide. Sebab dia macam ada sesuatu sixth sense tau yang beritahu dia apa yang macam tak kena ni. Bila dia dah tahu tu satu hal. Lepastu kau nak kena hadap 2 3 4 weeks of hell iaitu diperli, dinganjeng, disyco, disoal siasat peringkat demi peringkat, ditinggal setiap malam, direply sepatah2, dimarah, disuruh buat apa2 dulu, dibiar tidur tanpa wish panjang2. Dan kau boleh tengok la caption yang dia post lepastu memang 200% tuju untuk kau walaupun 10000 kali dia kata dia tuju untuk diri sendiri and kengkawan lain.

So play safety. Pakai Durex. I'm just kidding. Maksud aku play safety tu be honest jela tak payah sorok apa2. Biar dia tak suka and marah bila kau beritahu dia tu tapi jangan sesekali sampai dia sendiri yang tahu,, jangan sampai kena 'Gotchaaa!' Aku tak ingat sebenarnya bila mula2 buat Twitter tu. Thats why tadi aku Google and scroll sampai awal2 Bismillah dulu baru aku tahu aku buat benda alah tu Oktober tahun lepas πŸ˜‚ Lama jugak tu tapi taklah sampai bulan Ogos mengikut kata orang tu. Aihh pandai2 jela tak reti tengok bulan ke adeiiiii. Masa mula2 main Twitter tak paham pun simbol dalam tu apa function dia. Hahahaha. Main bantai je main.

Dalam kes aku ni kantoi tu memang dah. And dia pun dah tahu pasal tu. Sekarang ni aku tengah hadap simptom2 yang aku ada list kat atas tu ha. HAHAHAH. Aku tak adalah nak salah kan dia. Normal lah tu. Dulu dia buat hal lagi teruk pun aku macam ni jugak lepas berapa bulan tu aku okay dah. Ni tak tahu lah wey kalau sampai hujung tahun aku hadap benda ni doa and pasrah jela Wany kan Wany. Tapi niat nak main Twitter ni memang seeking for joyful jela tak ada niat lain nak menggatal or nak caras duit orang lain ke memang TAK ADA LANGSUNG. Bila kau tengah sedih kau memang akan cari seseorang or sesuatu untuk gembirakan diri kau, betul tak? Itu fitrah. Cuma cara setiap orang tu berbeza beza. Macam cara aku ni lebih keduniaan la hahaha jujur jela kan senang. Aku mesti nak buat itu ini senyap2 pastu kantoi bodo sendiri.

Tula kesilapan yang aku kena ubah. After this ada masalah or stress ke tak perlu dah rasanya nak cari semua yang pelik2 tu. Dah makin dewasa kan makin nak matang so banyak lagi cara nak kurangkan masalah. Lagi2 bila kau dah bercinta. Kau tak boleh suka2 buat macam kau tak ada sesiapa. Fikir dulu perasaan orang lain kalau dia tahu apa yang kau nak buat tu. Aku dah plan ni kalau aku ada masalah memang aku humban kesini jela masalah aku, rasa tak puashati or sebagainya. Biar sesapa yang baca menyampah πŸ˜‚πŸ˜‚ Takpun tengok movie ke haa berlambak lagi movie yang aku tak tengok lagi. Download punya rajin. Tengok memang malas.

Macam tadi aku cakap aku main Twitter untuk suka2. Sebab ramai kawan2 class aku pakai Twitter. Kadang2 dorang borak pasal benda kat Twitter yang aku ni dok ternganga je sebab tak tahu satu apa pun. Orang kata rasa tercabar. Jadi tulah salah satu faktor aku buat Twitter. Boleh join dorang bahan. Paling penting boleh stalk apa dorang post pasal kawan2 sendiri. Kau tahu jela zaman 2017 zaman pakjib ni kadang2 kawan2 sendiri pun perangai anjink tak puas hati takut nak cakap depan2 tapi lebih suka prefer nak post kat social media. Tapi tulah lama kelamaan aku fikir buat apa nak susah hati pasal apa yang orang lain fikir pasal aku. Remember, your bestfriend also got the potential to be a backstabber. Kalau kau jumpa seorang yang dah berkata buruk pasal orang lain dan esoknya kau tengok mereka okay saja haa kau kena beware dengan orang yang bercakap dengan kau tu 😁 Sebab dia pun boleh menjadikan kau mangsanya. But you know what, aku tak kisah pun kalau tak ada bff :)

Aku bukan jenis orang yang suka mencari kawan. I only got a few of them. My great bff is still the one and only, my crazy BF - yang aku dah kenal hampir 3 tahun keseluruhannya. So bila aku dan dia berperang that's it, aku keseorangan. Sebab tu kot bila aku dengan dia bergaduh aku cari hal keduniaan. Sebab aku tahu no one ever care. Of course lah family always be care tapi aku dah besar. Tak semua hal aku nak cerita kat family.

Walau dah seribu dua ribu kali aku cakap aku dah tak bukak Twitter dia masih jugak nak tarik muka. What else I can do kan. Waiting, waiting and waiting. I'm fedup and sick of being stress all day and i dont want to think it all. Aku dah minta maaf. Aku betul2 minta maaf. Tapi dia tetap jugak nak bawak hal tahun lepas ke tahun ni so apa aku boleh buat just tunggu dan beri penjelasan kalau dia tanya. Aku dah tak pakai Twitter aku cuma ada Instagram and Blog je buat masa ini. Okaylah. Rasanya aku dah penat menaip. Baik aku layan game. Till we meet againπŸ’—












Potpet Apa Tuu

Being a student fuhhhh what a mess sometimes. Tapi tak apalah kan as long as I have a good intention. BTW berapa bulan saja lagi nak habis belajar. Tak lama lagi akan terpisah dengan housemate, yalah masing-masing dah balik negeri masing-masing. Lepas ni tak adalah pening dengan assignment yang lecturer bagi. Tak dengar lagi group whatsapp berbunyi ada class. Tapi sekuat mana pun keluhan para student dengan life student, kenangan pahit manis tu memang takkan terganti. Dekat tempat orang ni lah belajar berdikari. Belajar save duit harini untuk diguna esok hari. Belajar makan simple2 tak terlalu mewah. For those yang mohon PTPTN boleh lah ada finance backup.. Ni ha bagi yang tak apply tu nak minta duit kat parents tu perghh dia punya segan toksah cerita lah kan.

Tapi wa cakap lu bila tengah2 belajar macam ni perasaan nak cepat grad tu memang selalu la dok bertandang. Bukan sekali dua je. Berbanyak banyak kali. Sebab mungkin dah tak sanggup nak hadap assignment, present depan lecturer, EOC kat CIDOS.. My God.. Tapi selalu dengar cerita belajar ni tak stress sangat tapi kerja lagi stress. Aduuu macam mana tu. Betul ke macam tu. Tapi bagi orang macam aku, and yeah aku gerenti ramai je yang macam aku, nak cepat2 habis belajar sebab nak kerja and merasa pegang duit. Mana taknya gila engkooo tengok kawan2 yang dah kerja bukan main melaram atas bawah luar dalam. Kita ni darah muda lagi tipu lah kalau taknak melaram kumpul duit pergi travel kan. Course pulak tourism haa memang kena sangatlah tu molek doh.

Unofficially 22 years old this year..oh yeahh Happy New Year by the way xoxo. Hmm aku dah bertambah umur untuk 1 angka. Same goes with the age tanggungjawab pun mesti bertambah sedikit demi sedikit. Paling penting waktu ni aku dah boleh mengundi ;-D hahaha. Dah boleh mohon BRIM ! Haha tapi this time masih tak dapat BRIM sebab masih terlekat dengan BB1M tu sooo boleh jalanlah dengan aku punya BR1M. 22 years old,, that same age bila mak aku kahwin and tahun depannya aku pun di sini. Peace Yawww. Bermakna umur macam aku ni pun dah layak kahwin huhu. InsyaAllah doa2 kanlah kami heeeeeeeeee ! Dalam proses menjadi lebih matang and sedia memikul tanggungjawab.

Dah tak ada idea nak celoteh lagi okay lah bye hoho