Sunday 4 December 2016

Luahan Hatiku

Dah lama aku tak taip panjang belaka kat blog ni. Tapi tula aku buat blog pun saja2 bukan nak bagi orang baca tapi lebih kepada luahkan apa je yg aku rasa. Sekurangnya terluah jugak tak adalah aku pendam semua dalam hati ni lama2 aku yang makan hati. So kepada Muhammad Shafiq blog ini adalah untuk awak. Blog ini adalah luahan hati saya kat awak. Bukan niat untuk memburukkan tapi saya dah anggap ni macam diari saya. Teman baik saya.

Saya baru lepas balik jumpa awak. Dan macam biasa benda yg saya benci lepas kita jumpa - saya jadi makin rindu. Saya mesti teringat balik waktu yg kita jumpa tu. Waktu kita dalam kereta sama2 waktu makan kfc sama2. Saya selalu tertanya dah cukup baik ke saya isi masa dengan awak tu. Kita jauh. Awak duduk selangor saya duduk johor. Berapa kali je kita jumpa. Kadang2 sekali dalam 3 bulan. Sebab tu lepas je jumpa saya selalu fikir elok ke tak saya layan awak masa kita jumpa tu. Sebab waktu yang kita ada tu terhad.

Tu belum bila jumpa ada masalah lain. Time tulah nak tarik muka. Tak bercakap. Bunyi radio je kuat. Sorang pandang depan sorang pandang tepi. Tak jadi apa. Kalau kat mall sorang jalan depan sorang jalan belakang. Padahal nak jumpa punya susah. Bila dah jumpa gaduh2 merajuk2. Apa lah kita ni kan.

So malam semalam saya baca whatsapp (ws) lama awak dengan Jess. Saya tahu dia tu kawan awak. Lama sangat awak kenal dia daripada kenal saya. Saya scroll ws tu drpd mula2 awak dgn Jess start ws. Saya baca satu persatu tak ada yg saya skip. Habis je baca tu saya pergi toilet saya sayu sangat. Dalam ws tu awak cakap macam2 pasal saya. Macam2 :(

Awak kata saya kongkong hidup awak. Bila masa saya kongkong awak. Awak cerita zaman bila punya ni. Ya memang saya dulu mengongkong awak. Itu ini saya nak tahu. Kalau melebih sikit saya mengamuk saya marah. Kuat jeles. Ya memang. Tapi bila awak dah tegur saya cuba ubah perangai saya. Saya tak ada kongkong awak lagi. Cakap bila masa saya kongkong? Awak nak kerja saya tak kacau. Saya suruh awak siapkan kerja dulu. Cuma awak yg kadang2 nak buat kerja sambil ws. Bila awak kata nak pergi berjalan dgn kawan2 ada ke saya kata tak bagi? Paling2 saya cakap jangan bawak motor laju2.

Itu je. Macam tu ke awak kata mengongkong. Awak mengadu kat kawan awak cakap saya macam tu. Saya ada life saya sendiri tau. Banyak jugak benda yg saya kena buat. Kenapa awak cakap macam tu kat kawan awak. Awak suka ye dia gelakkan saya. Awak, apa awak nak buat saya tak pernah halang. Dan saya takkan halang. Apa hak saya nak halang?

Awak kata saya eksen. Kawan awak pun cakap saya eksen. Bila saya tanya awak sendiri saya tanya slow2 awak terus kata saya nak cari gaduh. Awak kata benda dah lama nak cerita buat apa lagi. Saya bukan nak cari point apa pun saya cuma nak tahu apa yg eksen kat diri saya kenapa awak cakap saya eksen. Setidaknya bila saya tahu apa sebabnya nanti bolehlah saya ubah perangai ni kalau betul saya eksen. Tapi awak marah saya balik.

Tapi dalam banyak2 benda yang saya baca, paling sakit bila dapat tahu yg awak kata scandal awak tu lagi faham awak dari saya. Saya ni cuma tahu push2 awak je. Awak nak tahu bila saya taip part ni terus air mata gugur. Sakit sangat bila orang yang kita sayang cakap macam tu. Awak kenal dia berapa bulan awak terus kata dia memahami awak. Saya ni dah lama dengan awak tapi awak cakap seolah2 saya ni tak pernah langsung faham awak.

Ya memang saya tak ada duit macam dia. Bila awak bosan dia ajak awak jalan. Tu kan maksud awak dia memahami sangat kan :) Maaflah. Saya masih belajar. Duit pun pakai duit mak bapak. Tak mampu nak ajak awak pergi sini sana. Kereta pun tak ada lagi. Saya tak macam dia. Maafkan saya. Saya tak dapat bagi apa yg awak nak. Im so sorry.

Tapi kenapa tak bincang secara baik kalau betul tak puas hati. Kenapa cakap belakang. Apa lagi salah saya.
Apa lagi yg saya tak faham. Saya rasa macam tak berguna. Dan awak tak minta maaf pun :) saya tak tahu nak cakap apa lagi hati saya sakiy sangat :(:(

Monday 19 September 2016

Bacalah pengalaman aku. Kesan penggunaan skincare tempatan.

Hai Assalamualaikum.
Selamat petang harap semua dah makan tengah hari. Hari ni kat Merlimau panas macam hari semalam. Tapi tetap tak boleh lupa time visit Padang Besar tempoh hari masa wedding my cousin. Sangat panas. Super duper hotness !! Tapi sis tabah hahaha.

Oh ya macam yang aku janjikan semalam kan aku ada mention nak cerita topik boekk punya kan haaa inilah cerita dia. Okay aku takkan cerita meleret leret just straight to the point. Okay sekarang kan musim skincare banyak2 kan. Glowing, flawless, cerah gebu, licin kulit telur... cuba cakap terms apa lagi yang dorang tak guna sebagai strategi marketing dorang? Macam2. Sampaikan kita sebagai consumer pun boleh termakan cakap seller and iklan2 kat tv or IG or Facebook then consumer macam aku pun purchase produk itu ini, luaran dan dalaman. Pendek cerita dari hujung rambut sampai ke hujung kaki nak kena pakai produk biar lagi cantik dan memikat... Haa gittew.

Aku ni tak pernah consume skincare yang ada kat pasaran sekarang, mula-mulalah. Memang aku tak ada pakai night cream, day cream or sabun buku pencuci muka. Not at all ! Aku cuma pakai pencuci muka biasa macam Safi and scrub Garnier. Itu je. Tapi lumrahlah kita manusia kadang tak bersyukur dengan apa yang dah ada. Bila dah berjerawat satu dua, sibuk nak kulit licin. Bila dah dapat kulit licin nak kulit cerah pulak.

Aku punya muka boleh dikatakan okay. Tak berapa putih tapi bukan gelap ! Parut2 jerawat sikit2 tu adalah jugak. Then aku stalk IG seorang insan ni then aku tengok kulit dia memang lawa. Putih, flawless... eh memang cantiklah ! huhu. Aku siap whatsapp dia tanya produk apa yang dia pakai sampai kulit licin macam tu kan. So that is the time when I knew this product/skincare. Tapi awal2 aku nak cakap ni yang aku 100% tak salahkan dia atas apa yang berlaku kat aku lepastu. The blame is 100% on me.. Mesti korang tertanya kan apa maksud aku? Apa yang terjadi?...

Aku beli product tu masa aku praktikal kat KL. Yes aku stay KL dalam 6 bulan. Aku beli product tu dekat Kampung Baru sebab bila aku whatsapp IG hq aku tak dapat jawapan apa2. Then aku malas nak tunggu aku terus beli. So aku sebenarnya dah tak berapa ingat bila sebenarnya aku mula2 pakai local product tu. Aku just assume aku pakai dalam Februari tahun ni. Aku apply day cream, night cream, soap and serum. Aku tak miss walau sehari. 

Cuma day cream aku jarang sangat consume sebab siang aku ke office and aku memang tak pakai day cream aku cuma pakai foundation so mostly aku depends on night cream je. Lagipun setahu aku local product (buatan Malaysia) night cream yang penting. Night cream lah yang buatkan muka putih flawless gebu and whatsoever. And then satu set skincare tu boleh tahan dalam sebulan je. Just imagine, night cream and day cream tu cuma 5g sahaja !

So disebabkan aku lagi banyak consume night cream berbanding day cream, night cream aku cepat je habis. 1 bekas tu boleh tahan dalam 2 3 minggu je. Lepastu nak beli baru takkan lah nak beli lagi 1 set kan. Mestilah kena beli loose item. So effect dia lepas ju aku apply skincare tu memang muka aku nampak putih. Even bila aku balik rumah parents aku, ibu sampai tegur muka aku putih. Eventually aku terus fikir 'Ohh this product was soooo in me'

Then mulalah kisah pertama bila aku dah terlampau busy dengan kerja and aktiviti aku, lagipun aku stress dengan masalah lain - masalah cinta pun termasuk sekali hahaha. Aku kehabisan night cream and aku tak tahulah kenapa aku tak beli lagi cream tu. Mula-mula semuanya okay sampailah aku mula perasan jerawat banyak gilaaaaa tumbuh kat muka aku. Kat hidung kat dahi and pipi. Then aku terfikir oh aku maybe tak patut stop consume kottt aku kena maintain je..

Aku buat silap besar sebab tak terus stop pakai skincare tu. Aku beli lagi night cream and pakai macam biasa. Tiap2 malam. Muka aku yang berjerawat pun mula jadi licin bersih balik. Lagi putih and flawless daripada yang sebelumnya. Aku date dengan Huda pun dia sampai jelly dengan aku sebab dia cakap aku putih daripada dia. Tapi apa yang akan jadi lepas tu memang tak disangka.

Pertengahan bulan 6 tahun ni aku masuk semester baru. Semester 5. Waktu tu bulan puasa. Life aku okay je sampailah satu masa tu aku tukar night cream. Maksud aku, aku masih guna brand yang sama cuma night cream tu aku tukar yang advance punya. Akhir bulan 7 mimpi buruk aku pun bermula.....

Aku mula perasan muka aku tumbuh bintik2 halus or pendek cerita, jerawat pasir. Memanglah jerawat pasir tu halus and tak kemerahan tapi let say kau berdiri kat tempat yang bercahaya memang nampak gila muka tu menggerutu. Padahal masa tu aku tak stop guna product tu. Tak tahulah apa yang silap tapi memang sangat sangat tak okayyyyyyyyyy.

Bila dah kena macam tu aku terus stop. Even cream tu baru beli aku memang stop 100%. Iyalah sapa tak panik kan kalau muka dah tumbuh jerawat pasir. What a nightmare ! Lepas lebih kurang 2 minggu aku stop aku beli skincare baru. Kali ni produk lain. Aku tak tahu entah kenapa aku macam tak serik dengan apa yang dah jadi. Mata aku tak terbukak langsung time tu. Fikiran aku pun tak rasional. Aku pakai pulak produk yg baru tu. Maybe lah masa tu aku fikir kalau aku tukar produk aku punya masalah jerawat pasir akan hilang pupus mampus. Hahaha.

Tak lama pun aku consume local product tu. Dalam seminggu rasanya. Sangkaan aku meleset 360%. Bukan darjah kay, percent ! :D Jerawat yang sepatutnya hilang makin tumbuh. Aku kira tiap hari aku dapat 1 jerawat baru. Hari ketiga aku dah dapat jerawat pertama. Hari esok bila gosok2 muka dah terasa sakit. OMFG jerawat baru ! Hari esoknya pun sama. Ya Allah...

Maybe dekat 2 minggu jugak aku pakai lepastu aku terus stop. Betul2 stop daripada pakai skincare apa2. Muka aku makin teruk menggerutu. Lepas tu tambah lagi dengan jerawat yang menyakitkan tu. Disebabkan serangan panik and menangis tak henti 3 malam aku ikhtiar ke doktor. Tapi kawan aku nasihat pergi klinik biasa dulu kalau semuanya okay tak perlulah pergi kat specialist. 

Kos ubat je dah berapa aku ni pulak student. Tapi masih ingat lagi ibu pesan kalau bab ubat dan makan jangan berkira soal wang. Jadi aku terjahkan saja ke klinik. Poliklinik Malaya, Merlimau aku pergi. Doktor beri aku antibiotik and ubat sapu. Sepatutnya ada lagi 2 tapi disebabkan aku tak cukup duit dia bagi aku 2 je. Ubat sapu untuk malam je doktor kata kalau aku consume ubat tu untuk pagi muka aku akan burn.

Dan pulak antibiotik yang doktor bagi tu buatkan jerawat aku bernanah ! Dia kata antibiotik tu memang buatkan jerawat bernanah dan masak, seterusnya jerawat tu akan kering sendiri. Dengan syarat, aku tak boleh usik pun jerawat tu. Tak boleh picit or pecahkan nanah tu. Tapi aku ni degil. Sebab tak tahan bila belek muka kat cermin tengok nanah tu tumbuh kat muka aku. EEEEeei rasa geram tahu tak ! Rasa nak buang. Tu yang aku ada cocok jerawat tu and once dia pecah aku sentuh and aku bau,.. memang bau nanah ! welllkkkk !

Dah habis antibiotik tu aku tengok jerawat masih ada. Maybe sebab doktor cuma bagi aku 10 kapsul je so, dos tu tak cukup kuat nak lawan jerawat aku. Aku yang masih tak puas hati aku balik Batu Pahat aku pergi klinik kerajaan pulak. Pun sama doktor bagi aku antibiotik tapi kali ni berpapan papan dia bagi aku. Cuma yang aku confuse dia bagi aku ubat sapu untuk mata. Tertera kat luar tube tu 'Eye Ointment'. Dia suruh aku sapu cream tu dekat luka jerawat. Tapi sebab aku risau and musykil aku tak guna pun ubat tu.



             

So itulah muka aku. Ada beberapa jerawat dan selebihnya adalah parut. Trust me if someone told you not to touch your acne that's mean they are soooo true ! I'm so done with the medicine and whatsoever. Aku tak habiskan pun antibiotik yang doktor bagi. Entahlah I don't trust it anymore. Bayangkanlah daripada jerawat pasir tu tiba2 hadir je antibiotik terus breakout tak henti. Buat apa aku teruskan ubat kalau aku rasa muka aku semakin teruk.

But again aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni. Believed that it was my own fault and God's test for me.. Aku terima ni sebagai ujian. Sebagai ingatan apa sahaja yang kita ada adalah pinjaman. Even cantik, kalau Allah nak tarik sekejap je Dia tarik. Tapi kita sebagai hambaNya, kenalah bersyukur apa yang kita ada. Percayalah apa yang ada tu dah cukup. Jangan dok gatai nak lagi putih lagi tegang. Bila aku dah kena macam ni aku memang menyesal aku nak balik muka yang dulu. Biarlah tak flawless and pinkish pun taklah seteruk yang di atas.

Entry ni bukan untuk menakutkan sesiapa. Tak. Tapi aku taknak orang lain jadi macam aku. Menangis tiap malam, risaukan muka tiap masa, hilang keyakinan. Aku tak apa. Aku dah kuat. Dah tak kisah orang nak tanya apa. Sebab dah puas nangis huhuhu. Alhamdulilah hari ni aku rasa muka aku bertambah elok dan aku akan tetap usaha cantikkan muka aku lagi sekali. Yang penting bila terkena macam ni kena banyak sabar and jangan stress atau down.

Aku tahu ramai kat luar sana yang tengah consume produk skincare buatan tempatan and nasib korang semua masih baik sebab muka still licin and putih melepak. TAPI cubalah korang stop pakai dalam sebulan. Apa akan jadi ? Nak terus-terusan pakai ? Even pregnant doktor pun suruh stop pakai chemical substances yang boleh bahayakan kandungan. Tetap nak pakai ke?

Fikirlah kalau cuci muka dengan sabun ketul tu, buih bukan main banyak lagi. Nak tahu sabun tu banyak kimia ke tak, tengok berapa banyak buih dia ada. Aku sendiri pernah cuba organik cleanser memang tak banyak buih pun. Then bila pakai sabun ketul tu kulit jadi pedih2, dah basuh jadi tegang pulak. Pipi terasa macam kena tarik.. Fikirlah kalau dah macam tu effect dia bagus ke ? Kawan aku yang konsultan Mary Kay bagitahu. Kalau lepas cuci muka tu pipi terasa tegang, bermakna sabun tu dah tarik nutrien dalam muka tu keluar.

Aku bukan nak memburukkan nama sesiapa tapi inilah pengalaman aku. Yang mana lepas ni aku takkan pakai produk2 yang tak menentu tu. Aku dengan kawan aku pakai produk yang berbeza tapi kita orang kena sebab yang sama. Sebab stop consume produk tu. Then dia tumbuh jerawat. Tak payah tunggu stop kadang2 dia terus tumbuh jerawat yang banyak.

So lepasni aku akan update keadaan muka aku dari masa ke masa. Aku akan beritahu produk apa yang aku guna untuk dapatkan kulit yang sihat. Dear HAWA, pls lah. Sayangi diri kamu. Tak perlu muka yang flawless pun kamu sudah cukup cantik. Be yourself.

See yaa. Salam sayang.

Sunday 18 September 2016

Bosan? Sangat

Okay 2:41am.. am kay.. bukan pm. Then kenapa tak tidur lagi ni ??????!!!! Grr. Aku selalu concern pasal waktu tidur aku. Tak elokkan perempuan tidur lewat. Kalau nak awet muda kena tidur awal. Hey it's 2016 perempuan mana yang tidur awal weyyy. Okay well tipulah kalau cakap pukul 11 malam masih tak mengantuk tapi of course kepala hotak aku cakap hey girl it's still early.

Plus,  i'm a student. Tipulah tak overnight dengan assignment yang dapat  last minute lepastu nak kena hantar esok. Well esok adalah first class after the mid-sem break. Kihkihkih tak lah lama pun mid-sem break cuma seminggu je tapi entah kenapa aku rasa cuti kali ni lama gila.

Thats why buat pertama kalinya dalam sejarah aku balik Merlimau hari Sabtu. Kahkah. My class tomorrow starts at 12pm so don't worry. We can stay up late this night. Come on lah dah download movie banyak kot ! Tapi kan kan sebenarnya kan aku tengah tunggu orang tu.

-- Last seen dia pukul 8pm semalam. Now dah 2:50am dah masuk hari baru ! TAPI nak buat macam mana kan dah nama pun kerja :( Aku ni je yang semacam tak ada kerja. Tapi tak apalah mana tahu nanti aku akan busy juga then aku taklah terasa bosan sangat kena tinggal. Walau macam manapun perempuan kena pandai berdikari jugak tak boleh terlalu bergantung kat orang lain kan.

Nak tahu tak lampu kat bilik kita orang rosak tau then Dibo dah beli baru so tak apalah kan then sampai part nak pasang... Aku tarik kerusi kat luar bawak masuk bilik then aku pasang lampu kalimantang tu then BERJAYAAAA OMG berdikarinyaaaa *buat muka tenuk* Gembira memang gembira sebab tak payah lagi fikir nak bergelap tapi aku harap tak adalah paip pecah ke apa kan. Malas aku nak jadi plumber pulak *sengih*

Muhammad Shafiq where are you bruh -_- Kamon laa tak kan tak sempat walau hanya HI untuk diri ini. Wakakak. Okaylah aku dah penat taip ni. Next entry aku ada topik boekkk punya harap dijadikan teladan yeee.. Topik APA?? Jeng jeng jeng Nantikannnnn...

Night ppl

Tuesday 6 September 2016

HI there....
First and foremost this is me, Wany. Wany ada banyak nicknames but then for this blog I guna Wany jelah. It's 2016 so my age is 21. Young, wild and free. Hahaha iya ke macam tu? Don't take it seriously Wany guna blog ni untuk suka2, untuk share apa yang Wany nak share. Salah silap sila tegur. Have fun :):)


Photo of me pls jangan kecam. Tak cantik pun ada I kesah?