Monday 6 February 2017

Gold Coast Morib International Resort Review

Assalamualaikum dan salam untuk semua. Untuk entry kali ni aku nak review pasal hotel yang aku dan family stay sepanjang short vacation kami masa Chinese New Year. Yalah aku kan budak tourism jadi tak salah rasanya kalau aku review berkenaan dengan tourism sendiri. Boleh lah orang lain jadikan panduan and nilai sendiri. Setiap individu ada pendapat masing-masing. Dan ini adalah pendapat aku sendiri.








Gold Coast Morib International Resort ni terletak di Mukim Morib, Banting, Selangor ye. Kalau nak lebih detail silalah guna khidmat pakcik Google dan jangan segan silu menggunakan sedikit data anda. Kihkihkih. Sebab aku stay Batu Pahat jadi perjalanan tu mengambil masa 2 jam lebih jugak lah tu pun dah tekan minyak berdiri πŸ˜‚πŸ˜‚ nasib baiklah masa tu jalan tak jam taklah molokek atas jalan raya tu. Kawasan Morib ni dia kampung lagi so fefeeling balik kampung gitulah walaupun bukan kampung aku haaaaaa 😁adalah lalu berapa kawasan pekan and yang selebihnya kawasan ladang kelapa sawit dan rumah-rumah penduduk kampung. Waktu siang memang mudah cari lokasi Gold Coast Morib ni tapi bila waktu malam kena lebih peka sebab lampu jalan tak hidup jadi kawasan jalan tu gelap sangat.

Apa bestnya Gold Coast Morib ni?

Bestnya Gold Coast Morib ni kan sebab dia ada Water Amusement Park dekat tengah-tengah bangunan resort tu so adalah aktiviti untuk bermain air sebab pantai yang berhampiran pun tak sesuai untuk bermandi-manda. Kalau setakat nak snap gambar tepi pantai tu bolehlah. Lawa jugak view tepi laut tu. So, berbalik pada cerita Water Theme Park tu kan kalau datang tak menginap cuma nak main air entrance fee nya adalah RM 25.00 (12 tahun & ke atas) untuk kanak-kanak pulak RM 15.00 (2 hingga 11 tahun). So Water Theme Park ni bukak 8 pagi sampai 7 malam. Tapi masa aku pergi tu tutup pukul 6. Sembang jugak depa nih ! πŸ˜… Tapi disebabkan masa tu kami menginap so kami book Studio Suite jadi dapatlah 2 tiket free !


Kalau book Apartment 2 bilik dapat 4 tiket free, kalau book Apartment 3 bilik (Family Room) dapatlah 5 tiket free untuk ke Water Theme Park. Masa tu kami check-in hari Rabu so menginap 1 malam saja. Staff kat situ cakap boleh guna tiket tu untuk 2 hari dengan syarat jangan tanggalkan/koyakkan dari tangan. Haaaaa. Kalau tak puas mandi hari ni simpan tiket tu pakai elok-elok esok pi balun main lagi HAHAHA. Nasib baiklah walaupun pergi masa CNY tak ramai sangat pengunjung yang datang. Jadi tak adalah penuh sangat Water Theme Park tu. Nak kuak kupu-kupu pun selesa sajaa. Pls take note even parents taknak mandi tapi kena beli juga tiket untuk mengawasi anak-anak yang masih kecil. Lifeguard pun ada jadi tak perlu risau sangat.


                                                                                                       ( Auchhh sun kiss skin so hot)


Sebab waktu ni pun dah petang so tak lama sangat pun berendam. Lagipun waktu ni migraine datang menyerang so tak berapa nak enjoy sangat. Anyway sebelum entrance nak ke pool tu ada lah kafe untuk minum-minum petang tapi harga dia agak mahal. Secawan teh sajee RM 10 πŸ˜‚ kalau yang tak kisah tu tak apalah tapi sesiapa yang tak expect harga dia kan kesian nanti terkejut beruk Hahaha.

Best ke Studio Suite?

Pada aku okay sangat sangat sebab ada JACUZZI !!! Hahaha. Aku tak tahulah kenapa tapi memang habit aku mesti nak tengok bathroom bilik tu macam mana. Lain-lain aku tak kisah sangat. Kami book through Trivago jadi kami dapat harga dalam RM 261 ++ macam tu. Kalau Family Room dalam RM 400++ jugak. Studio Suite ni ada choice sama ada nak 1 king bed or 2 twin bed. Kena ingat tau Studio Suite ni cuma sesuai untuk 2 ORANG SAHAJA. Kalau nak bertiga pun boleh tapi kena choose twin bed pastu nanti kena rapatkan katil tu. Kalau 4 orang tu dah dikira terlebih muatan dah.. Kena book Family Room.

Masuk-masuk je bilik memang jumpa bathroom dulu so nampak la jacuzzi tu. Apalagi melompat-lompat lah keriangan. Bilik ada LCD bersaluran standard hotel.. faham-fahamlah standard hotel tu macam mana yaa πŸ˜‚ Lepastu ada iron board ada iron, mini bar, pengering rambut, safety box, aircond, kipas siling, sikat, sewing kit, tooth brush, shaver. Bilik air memang luas sebab ada sinki, toilet, jacuzzi dengan shower. Tempat shower tu pulak berkaca. Oh yaa satu benda yang aku sangat frust berada di sini adalah wifi nya yang sangat limited.


Kat sebelah katil tu jendela bilik air. Hahaha. Maintenance agak kureng sebab ada kayu yang melopong kat situ so orang kat luar boleh je nampak orang yang tengah mandi dalam tu. Parking lot pun okay sebab tak full and free of charge yee tak payah bayar. One more thing dalam bilik tu ada balkoni so boleh lepak luar ambik angin tengok pemandangan - even pantai jauh samar-samar je nampak. Overall facilities dalam bilik tu memang okay sangat-sangat cuma maintenance and kebersihan je. Bukan masalah terlampau kotor cuma boleh nampak kat kabinet LCD tu ada habuk-habuk and kotak rokok dari guest yang sebelumnya.






Bathroom memang best sebab jacuzzi. Kalau tak berendam kat Water Theme Park pun boleh berendam dalam bilik je tak payah lari jauh-jauh huhu. Sesuai sangat untuk couple yang honeymoon πŸ’— kalau terlupa bawak berus gigi jangan risau ada disediakan berus gigi and shaver. Shower cap macam biasalah memang mereka provide. Kebersihan kat bathroom pun full marks. Tapi diingat, seronok seronok juga jangan sampai leka sampai berejam kat bilik air. Lawa mana pun ia tetap rumah syaitan 😁




Service kat sini okay juga. Receptionist sangat peramah. Breakfast pun ada aneka makanan. Pilih je nak makanan tempatan or western style. Ada nasi lemak, spagetti, sandwich, coco crunch, kuih muih, macam-macam lagi. Tapi to be honest rasa dia tak berapa wow lah tapi kenyang jugak makan tu pun makan coco crunch.. Anyway kalau nak berjalan kat pantai yang berhampiran pun boleh. Tak jauh pun cuma berapa minit je dari tempat penginapan. Menarik juga untuk selfie dan ambil gambar beramai-ramai. Khabarnya pada waktu malam Gold Coast Morib ada provide ikan bakar di The Pier tapi kami lebih memilih untuk makan di luar. Pada sesiapa yang belum pernah lagi jejak kaki kat sini bolehlah panjangkan langkah anda sebab tak rugi pun book bilik dekat Gold Coast Morib ni sebab tempatnya pun BESTTTT. See ya !

















No comments:

Post a Comment