Friday 6 January 2017

Why I Made Twitter Account?


I did this entry with hungry tummy. Entah kenapa hari cuti je mesti malas nak makan mesti malas nak masak. Semua benda malas nak buat. Nak buat apa memang tak jalan langsung πŸ˜“πŸ˜–Macam mana nak maju ni Wany.. Disebabkan aku ada gastrik jela aku ikutkan jadual makan, siang malam mesti nak kena makan. Aku tak kisah pun berlapar. Tapi kalau aku tahan lapar mesti aku kena sakit kepala yang teruk. Sampai kan aku tak sedar aku dah ketuk2 kepala dengan belakang tapak tangan aku sendiri. Tak boleh nak tahan sakit yang datang tu😞 And dalam seminggu aku memang wajib kena sakit kepala. Bila aku borak dengan tempat praktikal dulu tu dia kata sebab aku ada gastrik and bila aku tak makan, gas kat perut aku naik ke kepala. So nak tak nak memang aku terpaksa makan. Tapi yang aku perasan bila aku makan siang malam aku lebih cepat lapar. Makan nasi 2 3 jam lepastu terus rasa lapar. Padahal dulu masa sekolah tak pernah pulak perut aku buat hal.

Okay dah2 lah tu bebel Kepochi wey. Mula2 cerita pasal malas nak makan je pun tiba2 meleret jadi melebih sampai makan half page kat screen laptop aku ni πŸ˜“Aku nak cerita pasal kenapa aku buat Twitter tu.. Bukan sebab kenapa aku malas makan. Sorry tapi biasalah tu perempuan kan banyak benda dia fikir sebenarnya. Sebab tu bila perempuan cakap potpetpotpet tak boleh nak berenti. So sebelum aku busy menghadap final report aku and assignment and test yang bertimbun umpama Gunung Daik baiklah aku post pasal Twitter ni sebab aku tahu ada seseorang yang tak puas hati sebab apa aku sampai nak buat Twitter. Mana taknya sebelum ni mana aku ada main Twitter. First time dalam hidup lah wey, kali pertama dalam 21 tahun hidup aku buat Twitter tu.

So buat awak yang masih marah kat saya pasal Twitter tu, kalau awak baca entry ni, saya nak bagitahu awak ni saya tengah dengar lagu Check Yes Juliet lagu favorite kita 😍and of course lah saya tak mintak awak baca hari ni esok or lusa sebab awak pun jarang nak baca blog saya yelah awak cakap sekarang kan awak nak fikir pasal diri sendiri je kan πŸ˜‰ baca nanti2 pun tak apa bila semuanya dah okay dah cool down.

You know the big mistake I did is I'm not telling him about the Twitter account. So kat situ memang nampak yang aku ni tak jujur tak cakap kat dia awal2 aku dah buat Twitter. Daripada memilih untuk jujur dan cerita semuanya aku tak tahu kenapa tiap kali jumpa dia aku tekan button Uninstall and lepas itu Install balik. Aku tak tahu apa kena dengan aku ni. First, aku buat Twitter tu aku memang tak beritahu sebab aku fikir the usage of it would be just a short term usage. Means that aku tak rancang untuk pakai Twitter untuk masa yang panjang. So thats why aku fikir 'Okay tak apalah sekejap je ni and dia tak perlu tahu'. Diam tak diam seminggu jadi dua minggu, dua minggu jadi tiga. Aku dah mula takut dia akan tahu sebab kalau dia tahu pasti sepastinya dia marah/merajuk/bengang kat aku !

Tapi orang kata sepandai pandai tupai melompat kan.. Pasti ada satu hari tupai tu terover confident lalu terpelecok. Anddddddd, dia tahu sendiri sebab dia Google-ing nickname aku yg pemes. So aku dah terkantoi. Worst case scenario huhu. Thats why la wahai para2 pencinta sekalian just be honest with your partner coz sooner or later he/she will find out what you struggle to hide. Sebab dia macam ada sesuatu sixth sense tau yang beritahu dia apa yang macam tak kena ni. Bila dia dah tahu tu satu hal. Lepastu kau nak kena hadap 2 3 4 weeks of hell iaitu diperli, dinganjeng, disyco, disoal siasat peringkat demi peringkat, ditinggal setiap malam, direply sepatah2, dimarah, disuruh buat apa2 dulu, dibiar tidur tanpa wish panjang2. Dan kau boleh tengok la caption yang dia post lepastu memang 200% tuju untuk kau walaupun 10000 kali dia kata dia tuju untuk diri sendiri and kengkawan lain.

So play safety. Pakai Durex. I'm just kidding. Maksud aku play safety tu be honest jela tak payah sorok apa2. Biar dia tak suka and marah bila kau beritahu dia tu tapi jangan sesekali sampai dia sendiri yang tahu,, jangan sampai kena 'Gotchaaa!' Aku tak ingat sebenarnya bila mula2 buat Twitter tu. Thats why tadi aku Google and scroll sampai awal2 Bismillah dulu baru aku tahu aku buat benda alah tu Oktober tahun lepas πŸ˜‚ Lama jugak tu tapi taklah sampai bulan Ogos mengikut kata orang tu. Aihh pandai2 jela tak reti tengok bulan ke adeiiiii. Masa mula2 main Twitter tak paham pun simbol dalam tu apa function dia. Hahahaha. Main bantai je main.

Dalam kes aku ni kantoi tu memang dah. And dia pun dah tahu pasal tu. Sekarang ni aku tengah hadap simptom2 yang aku ada list kat atas tu ha. HAHAHAH. Aku tak adalah nak salah kan dia. Normal lah tu. Dulu dia buat hal lagi teruk pun aku macam ni jugak lepas berapa bulan tu aku okay dah. Ni tak tahu lah wey kalau sampai hujung tahun aku hadap benda ni doa and pasrah jela Wany kan Wany. Tapi niat nak main Twitter ni memang seeking for joyful jela tak ada niat lain nak menggatal or nak caras duit orang lain ke memang TAK ADA LANGSUNG. Bila kau tengah sedih kau memang akan cari seseorang or sesuatu untuk gembirakan diri kau, betul tak? Itu fitrah. Cuma cara setiap orang tu berbeza beza. Macam cara aku ni lebih keduniaan la hahaha jujur jela kan senang. Aku mesti nak buat itu ini senyap2 pastu kantoi bodo sendiri.

Tula kesilapan yang aku kena ubah. After this ada masalah or stress ke tak perlu dah rasanya nak cari semua yang pelik2 tu. Dah makin dewasa kan makin nak matang so banyak lagi cara nak kurangkan masalah. Lagi2 bila kau dah bercinta. Kau tak boleh suka2 buat macam kau tak ada sesiapa. Fikir dulu perasaan orang lain kalau dia tahu apa yang kau nak buat tu. Aku dah plan ni kalau aku ada masalah memang aku humban kesini jela masalah aku, rasa tak puashati or sebagainya. Biar sesapa yang baca menyampah πŸ˜‚πŸ˜‚ Takpun tengok movie ke haa berlambak lagi movie yang aku tak tengok lagi. Download punya rajin. Tengok memang malas.

Macam tadi aku cakap aku main Twitter untuk suka2. Sebab ramai kawan2 class aku pakai Twitter. Kadang2 dorang borak pasal benda kat Twitter yang aku ni dok ternganga je sebab tak tahu satu apa pun. Orang kata rasa tercabar. Jadi tulah salah satu faktor aku buat Twitter. Boleh join dorang bahan. Paling penting boleh stalk apa dorang post pasal kawan2 sendiri. Kau tahu jela zaman 2017 zaman pakjib ni kadang2 kawan2 sendiri pun perangai anjink tak puas hati takut nak cakap depan2 tapi lebih suka prefer nak post kat social media. Tapi tulah lama kelamaan aku fikir buat apa nak susah hati pasal apa yang orang lain fikir pasal aku. Remember, your bestfriend also got the potential to be a backstabber. Kalau kau jumpa seorang yang dah berkata buruk pasal orang lain dan esoknya kau tengok mereka okay saja haa kau kena beware dengan orang yang bercakap dengan kau tu 😁 Sebab dia pun boleh menjadikan kau mangsanya. But you know what, aku tak kisah pun kalau tak ada bff :)

Aku bukan jenis orang yang suka mencari kawan. I only got a few of them. My great bff is still the one and only, my crazy BF - yang aku dah kenal hampir 3 tahun keseluruhannya. So bila aku dan dia berperang that's it, aku keseorangan. Sebab tu kot bila aku dengan dia bergaduh aku cari hal keduniaan. Sebab aku tahu no one ever care. Of course lah family always be care tapi aku dah besar. Tak semua hal aku nak cerita kat family.

Walau dah seribu dua ribu kali aku cakap aku dah tak bukak Twitter dia masih jugak nak tarik muka. What else I can do kan. Waiting, waiting and waiting. I'm fedup and sick of being stress all day and i dont want to think it all. Aku dah minta maaf. Aku betul2 minta maaf. Tapi dia tetap jugak nak bawak hal tahun lepas ke tahun ni so apa aku boleh buat just tunggu dan beri penjelasan kalau dia tanya. Aku dah tak pakai Twitter aku cuma ada Instagram and Blog je buat masa ini. Okaylah. Rasanya aku dah penat menaip. Baik aku layan game. Till we meet againπŸ’—












No comments:

Post a Comment