Monday 19 September 2016

Bacalah pengalaman aku. Kesan penggunaan skincare tempatan.

Hai Assalamualaikum.
Selamat petang harap semua dah makan tengah hari. Hari ni kat Merlimau panas macam hari semalam. Tapi tetap tak boleh lupa time visit Padang Besar tempoh hari masa wedding my cousin. Sangat panas. Super duper hotness !! Tapi sis tabah hahaha.

Oh ya macam yang aku janjikan semalam kan aku ada mention nak cerita topik boekk punya kan haaa inilah cerita dia. Okay aku takkan cerita meleret leret just straight to the point. Okay sekarang kan musim skincare banyak2 kan. Glowing, flawless, cerah gebu, licin kulit telur... cuba cakap terms apa lagi yang dorang tak guna sebagai strategi marketing dorang? Macam2. Sampaikan kita sebagai consumer pun boleh termakan cakap seller and iklan2 kat tv or IG or Facebook then consumer macam aku pun purchase produk itu ini, luaran dan dalaman. Pendek cerita dari hujung rambut sampai ke hujung kaki nak kena pakai produk biar lagi cantik dan memikat... Haa gittew.

Aku ni tak pernah consume skincare yang ada kat pasaran sekarang, mula-mulalah. Memang aku tak ada pakai night cream, day cream or sabun buku pencuci muka. Not at all ! Aku cuma pakai pencuci muka biasa macam Safi and scrub Garnier. Itu je. Tapi lumrahlah kita manusia kadang tak bersyukur dengan apa yang dah ada. Bila dah berjerawat satu dua, sibuk nak kulit licin. Bila dah dapat kulit licin nak kulit cerah pulak.

Aku punya muka boleh dikatakan okay. Tak berapa putih tapi bukan gelap ! Parut2 jerawat sikit2 tu adalah jugak. Then aku stalk IG seorang insan ni then aku tengok kulit dia memang lawa. Putih, flawless... eh memang cantiklah ! huhu. Aku siap whatsapp dia tanya produk apa yang dia pakai sampai kulit licin macam tu kan. So that is the time when I knew this product/skincare. Tapi awal2 aku nak cakap ni yang aku 100% tak salahkan dia atas apa yang berlaku kat aku lepastu. The blame is 100% on me.. Mesti korang tertanya kan apa maksud aku? Apa yang terjadi?...

Aku beli product tu masa aku praktikal kat KL. Yes aku stay KL dalam 6 bulan. Aku beli product tu dekat Kampung Baru sebab bila aku whatsapp IG hq aku tak dapat jawapan apa2. Then aku malas nak tunggu aku terus beli. So aku sebenarnya dah tak berapa ingat bila sebenarnya aku mula2 pakai local product tu. Aku just assume aku pakai dalam Februari tahun ni. Aku apply day cream, night cream, soap and serum. Aku tak miss walau sehari. 

Cuma day cream aku jarang sangat consume sebab siang aku ke office and aku memang tak pakai day cream aku cuma pakai foundation so mostly aku depends on night cream je. Lagipun setahu aku local product (buatan Malaysia) night cream yang penting. Night cream lah yang buatkan muka putih flawless gebu and whatsoever. And then satu set skincare tu boleh tahan dalam sebulan je. Just imagine, night cream and day cream tu cuma 5g sahaja !

So disebabkan aku lagi banyak consume night cream berbanding day cream, night cream aku cepat je habis. 1 bekas tu boleh tahan dalam 2 3 minggu je. Lepastu nak beli baru takkan lah nak beli lagi 1 set kan. Mestilah kena beli loose item. So effect dia lepas ju aku apply skincare tu memang muka aku nampak putih. Even bila aku balik rumah parents aku, ibu sampai tegur muka aku putih. Eventually aku terus fikir 'Ohh this product was soooo in me'

Then mulalah kisah pertama bila aku dah terlampau busy dengan kerja and aktiviti aku, lagipun aku stress dengan masalah lain - masalah cinta pun termasuk sekali hahaha. Aku kehabisan night cream and aku tak tahulah kenapa aku tak beli lagi cream tu. Mula-mula semuanya okay sampailah aku mula perasan jerawat banyak gilaaaaa tumbuh kat muka aku. Kat hidung kat dahi and pipi. Then aku terfikir oh aku maybe tak patut stop consume kottt aku kena maintain je..

Aku buat silap besar sebab tak terus stop pakai skincare tu. Aku beli lagi night cream and pakai macam biasa. Tiap2 malam. Muka aku yang berjerawat pun mula jadi licin bersih balik. Lagi putih and flawless daripada yang sebelumnya. Aku date dengan Huda pun dia sampai jelly dengan aku sebab dia cakap aku putih daripada dia. Tapi apa yang akan jadi lepas tu memang tak disangka.

Pertengahan bulan 6 tahun ni aku masuk semester baru. Semester 5. Waktu tu bulan puasa. Life aku okay je sampailah satu masa tu aku tukar night cream. Maksud aku, aku masih guna brand yang sama cuma night cream tu aku tukar yang advance punya. Akhir bulan 7 mimpi buruk aku pun bermula.....

Aku mula perasan muka aku tumbuh bintik2 halus or pendek cerita, jerawat pasir. Memanglah jerawat pasir tu halus and tak kemerahan tapi let say kau berdiri kat tempat yang bercahaya memang nampak gila muka tu menggerutu. Padahal masa tu aku tak stop guna product tu. Tak tahulah apa yang silap tapi memang sangat sangat tak okayyyyyyyyyy.

Bila dah kena macam tu aku terus stop. Even cream tu baru beli aku memang stop 100%. Iyalah sapa tak panik kan kalau muka dah tumbuh jerawat pasir. What a nightmare ! Lepas lebih kurang 2 minggu aku stop aku beli skincare baru. Kali ni produk lain. Aku tak tahu entah kenapa aku macam tak serik dengan apa yang dah jadi. Mata aku tak terbukak langsung time tu. Fikiran aku pun tak rasional. Aku pakai pulak produk yg baru tu. Maybe lah masa tu aku fikir kalau aku tukar produk aku punya masalah jerawat pasir akan hilang pupus mampus. Hahaha.

Tak lama pun aku consume local product tu. Dalam seminggu rasanya. Sangkaan aku meleset 360%. Bukan darjah kay, percent ! :D Jerawat yang sepatutnya hilang makin tumbuh. Aku kira tiap hari aku dapat 1 jerawat baru. Hari ketiga aku dah dapat jerawat pertama. Hari esok bila gosok2 muka dah terasa sakit. OMFG jerawat baru ! Hari esoknya pun sama. Ya Allah...

Maybe dekat 2 minggu jugak aku pakai lepastu aku terus stop. Betul2 stop daripada pakai skincare apa2. Muka aku makin teruk menggerutu. Lepas tu tambah lagi dengan jerawat yang menyakitkan tu. Disebabkan serangan panik and menangis tak henti 3 malam aku ikhtiar ke doktor. Tapi kawan aku nasihat pergi klinik biasa dulu kalau semuanya okay tak perlulah pergi kat specialist. 

Kos ubat je dah berapa aku ni pulak student. Tapi masih ingat lagi ibu pesan kalau bab ubat dan makan jangan berkira soal wang. Jadi aku terjahkan saja ke klinik. Poliklinik Malaya, Merlimau aku pergi. Doktor beri aku antibiotik and ubat sapu. Sepatutnya ada lagi 2 tapi disebabkan aku tak cukup duit dia bagi aku 2 je. Ubat sapu untuk malam je doktor kata kalau aku consume ubat tu untuk pagi muka aku akan burn.

Dan pulak antibiotik yang doktor bagi tu buatkan jerawat aku bernanah ! Dia kata antibiotik tu memang buatkan jerawat bernanah dan masak, seterusnya jerawat tu akan kering sendiri. Dengan syarat, aku tak boleh usik pun jerawat tu. Tak boleh picit or pecahkan nanah tu. Tapi aku ni degil. Sebab tak tahan bila belek muka kat cermin tengok nanah tu tumbuh kat muka aku. EEEEeei rasa geram tahu tak ! Rasa nak buang. Tu yang aku ada cocok jerawat tu and once dia pecah aku sentuh and aku bau,.. memang bau nanah ! welllkkkk !

Dah habis antibiotik tu aku tengok jerawat masih ada. Maybe sebab doktor cuma bagi aku 10 kapsul je so, dos tu tak cukup kuat nak lawan jerawat aku. Aku yang masih tak puas hati aku balik Batu Pahat aku pergi klinik kerajaan pulak. Pun sama doktor bagi aku antibiotik tapi kali ni berpapan papan dia bagi aku. Cuma yang aku confuse dia bagi aku ubat sapu untuk mata. Tertera kat luar tube tu 'Eye Ointment'. Dia suruh aku sapu cream tu dekat luka jerawat. Tapi sebab aku risau and musykil aku tak guna pun ubat tu.



             

So itulah muka aku. Ada beberapa jerawat dan selebihnya adalah parut. Trust me if someone told you not to touch your acne that's mean they are soooo true ! I'm so done with the medicine and whatsoever. Aku tak habiskan pun antibiotik yang doktor bagi. Entahlah I don't trust it anymore. Bayangkanlah daripada jerawat pasir tu tiba2 hadir je antibiotik terus breakout tak henti. Buat apa aku teruskan ubat kalau aku rasa muka aku semakin teruk.

But again aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni. Believed that it was my own fault and God's test for me.. Aku terima ni sebagai ujian. Sebagai ingatan apa sahaja yang kita ada adalah pinjaman. Even cantik, kalau Allah nak tarik sekejap je Dia tarik. Tapi kita sebagai hambaNya, kenalah bersyukur apa yang kita ada. Percayalah apa yang ada tu dah cukup. Jangan dok gatai nak lagi putih lagi tegang. Bila aku dah kena macam ni aku memang menyesal aku nak balik muka yang dulu. Biarlah tak flawless and pinkish pun taklah seteruk yang di atas.

Entry ni bukan untuk menakutkan sesiapa. Tak. Tapi aku taknak orang lain jadi macam aku. Menangis tiap malam, risaukan muka tiap masa, hilang keyakinan. Aku tak apa. Aku dah kuat. Dah tak kisah orang nak tanya apa. Sebab dah puas nangis huhuhu. Alhamdulilah hari ni aku rasa muka aku bertambah elok dan aku akan tetap usaha cantikkan muka aku lagi sekali. Yang penting bila terkena macam ni kena banyak sabar and jangan stress atau down.

Aku tahu ramai kat luar sana yang tengah consume produk skincare buatan tempatan and nasib korang semua masih baik sebab muka still licin and putih melepak. TAPI cubalah korang stop pakai dalam sebulan. Apa akan jadi ? Nak terus-terusan pakai ? Even pregnant doktor pun suruh stop pakai chemical substances yang boleh bahayakan kandungan. Tetap nak pakai ke?

Fikirlah kalau cuci muka dengan sabun ketul tu, buih bukan main banyak lagi. Nak tahu sabun tu banyak kimia ke tak, tengok berapa banyak buih dia ada. Aku sendiri pernah cuba organik cleanser memang tak banyak buih pun. Then bila pakai sabun ketul tu kulit jadi pedih2, dah basuh jadi tegang pulak. Pipi terasa macam kena tarik.. Fikirlah kalau dah macam tu effect dia bagus ke ? Kawan aku yang konsultan Mary Kay bagitahu. Kalau lepas cuci muka tu pipi terasa tegang, bermakna sabun tu dah tarik nutrien dalam muka tu keluar.

Aku bukan nak memburukkan nama sesiapa tapi inilah pengalaman aku. Yang mana lepas ni aku takkan pakai produk2 yang tak menentu tu. Aku dengan kawan aku pakai produk yang berbeza tapi kita orang kena sebab yang sama. Sebab stop consume produk tu. Then dia tumbuh jerawat. Tak payah tunggu stop kadang2 dia terus tumbuh jerawat yang banyak.

So lepasni aku akan update keadaan muka aku dari masa ke masa. Aku akan beritahu produk apa yang aku guna untuk dapatkan kulit yang sihat. Dear HAWA, pls lah. Sayangi diri kamu. Tak perlu muka yang flawless pun kamu sudah cukup cantik. Be yourself.

See yaa. Salam sayang.

70 comments:

  1. Hi, im facing the same problem tp i start dgn guna safi je. Then tumbuh jerawat pasir kecik2 gatal. After that i gatal gi jumpa doc kulit. Mmg jd makin teruk sampai skrg. I dah buntu nk guna produk apa sbb susah sgt nak baik even dah stop guna produk doc tu. Boleh share tak updte u. Ni email i lily_hidayah@yahoo.com. Im looking forward to know more about ur acne journey. Tq 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tau tak sebab dia atau main reason dia is because of product tu contained mecurry :) cousin saya farmasis so dia citer kat saya yang kebanyakan produk dioramg actually x tahu pun ade mekuri sbb masa diorang proses produk tu diorang just tick borang je dekat kilang cream sooo owner product pun doesnt knew what actually the product contained ni kan kita

      Delete
  2. Saya pun nak tahu juga .. sekarga apa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai lets try charms produk...no mercury ..berminat blh pm

      Delete
    2. Nope..aku pakai charms lah punca aku breakout ")

      Delete
  3. Sis..muka sah ok. Please share. I punya masalah sama..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sis boleh sharekan tak ? Saya dah dapat benda macam sis tapi lebih teruk muka dulu putih lpas guna skincare sampai sekarang dah berapa tahun teruk sis kalau duduk bawah lampu eloklah putih nampak kalau depan cermin macam sampah Ada Kat muka , please share sis guna apa sekarang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pernah alami benda yg sama. 😍 sy pkai marykay dan sy jdi beauty consultant marykay.. nkbtry bleh cntact sy..

      Delete
  5. Asli mba, emang banyak banget sekarang cream2 yang menjual jaminan cantik, mlus dan putih dalam waktu cepat tapi ternyata malah bikin muka kita rusak. btw terimakasih banyak mba udah sharing! sukses selaluu

    ReplyDelete
  6. Sis, i recommend kat u try eucerin pro acne. I dulu ada masalah yg sama and my skin jd sensitive. For now I guna Alhamdulillah. Parut punn da kurang

    ReplyDelete
  7. Please share produk apa sis pakai... sbb saya sedang alami seperti sis alami tu...pleaseee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, i have the sme problem mcm akak tu dulu, sbb sy suka ganti produk bila rasa xokay. Tp lpas tu sy cuba guna pncuci muka and beli toner, toner ni kna cari yg sesuai ya, if x bole timbulkn lbih byk jerawat. Jgn pkai apaa2 produk lain duku just pkai pncuci muka yg ngam dgn muka and toner. Then bole lh apply apaa2 such as foundation.

      Delete
    2. hai guys sape ade masalah yang same jom try essentil oil young living whatsapp 0142364399 follow ig @eo.schaa

      Delete
  8. Kenapa tak tulis brand apa yg tak elok tu... Kan senang kami tahu. Atlest bg signal .apa brand... 😭😔 Sebab aku cam terkena risau ni ... Tu search

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brilliant yanko jgn pakai sbb mmg bhya. Lpas ni nk pakai produk korang try laa check dekat web NPRA. Mmg membntu sbb bole check produk kita gun ada dlm record dorang atau tak

      Delete
  9. Ya Allah brand ap tu brilliant ke😭 risau nya muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pakao brilliant semingu dia punya peelling perhhhh.. Terus stop.. Xtahan pedih sgt2 macam luka.. Kulit gelupas bkn halus tp tebal2 mcm kudis.. Gatal jgn ckp lah.. Tmpt gelupas tu berair je.. Ya Allah nyesal consume.. Event basuh muka pakai air pon pedih ya Amat.. Bayang lah luka kalau kena air camne.. Baik2 muka elok jd burn😭😭😭

      Delete
    2. Sis pkai whitening set ka? Beli reju okay tu. Bila muka rasa pedih stop pkai dlu selang kn 3kali seminggu.

      Delete
    3. ya Allah , sekarang ni sya pkai briliant dia punya gelupas tu ya Allah pedih sangat . dlu sya pkai glow glowing and jerawat semua hilang tpi sbbkan sya trlalu tamakkan kecantikan sya beli briliant and then muka terus jdi macam ni . jdi semakin gelap . Allahu . btw sya perempuan tau sya guna fon pakwe saya ni . klau boleh tlg bgitau sya boleh tak if sya nak kembali pada glow glowing . ?

      Delete
    4. sya baru ingat nak try brilliant , tpi dh trbaca komen sis , x jadi sy nak try

      Delete
    5. btw sis , glow glowing ada ada mercury sis , also bahaya for ur skin ,u boleh search google cari memang kkm dh bgitau ada ada mercury dlm glow glowing ,so better u beli product drugstore je sis , bgi skin awak pulih dulu ,

      Delete
    6. Sy br tgh dok riki psl brilliant skincare tu. Dgr psl pengalaman sis tu mcm takut plak.. Sbb pernah breakout lps pakai vsl dlu.. Emm serik.... Tp nk kulit lawaaaa... Aishhhh

      Delete
    7. Saya pom macam awak jgk obeses nk kulit law, but thn 2018 sy bru sedar ttg timbang kilo. Sy tgh ikhtiar dgn produk drugstore je. Alhamdulilah skrng tgh okey. Even breakout mengerutu. Xglowing xpe asalkan melanin xrosak. Kulit cantik make up ofkos on point.

      Delete
    8. Breakout mengerutu tu sbb local produk yer.

      Delete
    9. kalau nak selamatkan kulit jom try essential oil young living whatsapp 0142364399 no chemical ... 100% bahan semula jadi follow ig@eo.schaa

      Delete
    10. Saya nk cerita pengalaman menggunakan brilliant skincare produk philipine al kisah muka mmg ada parut bekas jerawat adik sy shore kan pakai brilliant katanya kulit dia pakai ok sy pon cuba mmg pedih teramat sgt sampai kemerah merahan x sanggup nk teruskan sy pon berhenti lps merah melecet muka btukar jd lebam2 hitam akibat pedih merah rasa malu dgt kat suami muka lps tu jd tompok2 mcm jeragat dr xde terus muka nak jeragat ke parut hitam ke entah tapi saya berhabis byk untk mengatasi masalh ini sehingga sekarang menyesal sgt2

      Delete
  10. Sama la . I pun alami jg ney dulu . sbb guna product local jg . start dari sana skin mula jd super sensetif . try mcm2 product tuk hilangkan . mmg ambil masa agak lama la jg . kcuali klu kaya dan berani . blh la kot try buat laser . but i x berani tkut nnt jd teruk ke apa . bab lain kulit lain tindak balas . tapi syukur la . skrg kulit i da pulihhh ..

    ReplyDelete
  11. Saya pun sama dulu. Pakai mcm2 produk local. Masa mida saja nk try2. Muka kejap ok kejap teruk. Smpai lah xtahan dah p specialist. Doc bagi ubat oink isotretinoin tu n skincare. Mujur ok. Tapi kering jugak poket ulang selalu p. Skrg pakai produk korea. Okla jugak hehe.

    ReplyDelete
  12. Hi sis, sy recommend awk utk guna Mary kY punya skincare, set Botanical Effect. Utk neutralkan semula muka did.

    ReplyDelete
  13. korang pernah dgr x kaela skincare? ok x?? sy baru nn try tapi takot kaela skincare tu local product juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy rasa produk yg berkaitan dgn local better tk payah trpengaruh sis. Kalau nk try jgk, better guna produk mcm SimplySiti atau drugstore. Biar lmbt asal selamat. Sbb kita nk cantik jgn trpengaruh dgn founder.

      Delete
    2. Boleh try charms produk...no mercury....bminat blh pm

      Delete
  14. Sy br tgh dok riki psl brilliant skincare tu. Dgr psl pengalaman sis tu mcm takut plak.. Sbb pernah breakout lps pakai vsl dlu.. Emm serik.... Tp nk kulit lawaaaa... Aishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn trpengaruh sis. Jaga skin barrier kita. Kwn sy kulit mcm cermin pakai vsl. Msa peeling tu dia kata nk mkn pom sakit. Lps dia stop sbb produk tu mahal. Hbis naik berjemaah kat dagu. Kesian pulak.

      Delete
    2. Habis t produk vsl t xselamat lah d guna sis

      Delete
  15. saya pernah pakai prodok.. local.. alhamdulilah sekarang saya pakai hanan medispa.. kulit tak lah glowing.. sanggat tapi jerawat tak lah.. banyak sebelum ni.. dulu pakai local prodok.. tiap hari naik jerawat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jum saya bantu awak😘

      Saya beauty consultant Mary Kay

      IG:https://www.instagram.com/acsuriyani

      https://linktr.ee/acprettyshop

      Delete
  16. Tahun 2017 pernah pakai produk sampah. Nasib pakai 6 bulan je. Masa tu takyak ckp laa, kemain lawo kulit, hilang habis mak nenek jerawat tu. Tapi bila stop je, haaa ambik, jerawat tumbuh kat pipi bagaikan cendawan. Mujur tak teruk 😭 . Masatu taktau pon tu produk bahaya.. Lepas pada tu terus masuk watson, cari produk yg sesuai, follow khairul yoi, noel faizal semata-mata nak cari produk yg sesuai dgn kulit. 2 tahun jugak nak pulih. Skrg pon still ada jerawat pasir, jerawat kt pipi, sbb gataii duk picit 🤣..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah sama la mcm sy sis. Ikhtiar dgn produk drugstore. Try n error. Kalau produk yg try xde kesan or xsesuai, pling truk akan kluar jerawat sebutir je. Klu local skincare naik berjemaah trus.

      Delete
  17. Assalamualaikum..saya beauty consultant Mary Kay.

    💅Free consultation
    🤳Free skin analysis
    FB:https://www.facebook.com/atiqah.shanty/
    IG:https://www.instagram.com/atiqah.shanty/
    Click link for more detail 👇
    https://linktr.ee/atiqah.shanty

    ReplyDelete
  18. Apakah semua yang pakai briliant macam tu?

    ReplyDelete
  19. Apakah semua yang pakai briliant macam tu?

    ReplyDelete
  20. Apakah semua yang pakai briliant macam tu?

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. saya pernah pakai,mmg kulit jd glowing..tp klau brhnti kulit akn jd burn

      Delete
  22. Tp berlainan pulak dgn sy.. Sy pernah pakai vsl dekat setahun. Yes hadap peeling proses 14 hari. Lps peeling tu mmg naik jrwt2 kt muka sy. Lps 3 bulan pakai alhamdulillah oky sgt kesan dia. Then saya stop vsl 7 bulan, skin sy sgt okay. Xde trbakar n xde breakout ape semua. Sy pelik jgk pdhl sy xpakai ape2 skincare selama sy stop vsl. Sb sy btol2 cri agent yg ad pengalaman guide skin sy sb yelah produk peeling kan dh la nak pakai dkt muka silap pilih agent hbs muka. Lpstu satu lagi time naik jerawat after peeling tu sy xtrus gelabah n stick 3 bulan nk tgk hasil. Mmg makan mse bukan 14 hri trs cantik. Then jgn la beli dkt lazada shope kedai2 ape semua. Vsl mmg kena beli dgn agent shja. N yg guide skin sy tu dh masuk 8 thun pakai vsl. Oky je skin dia cantik je.. Ni pengalaman sy pakai vsl je. So kalau korang nk pakai produk xde peeling then choose it. But if korang nk pakai vsl i think xde mslh. Boleh cek kkm k.

    ReplyDelete
  23. Brilliant set tomato tu okay tak???

    ReplyDelete
  24. Vsl ker brilliant lebih kurang jer .. mmg mengelupas teruk.. bahaya tu..

    ReplyDelete
  25. sy dah try kaela skincare hampir sthun.. semua ni pasal terjebak dngn sorang instafamous ni la..hmmmm.... time pakai mmang muka flawless n putih melepak..kalau parut cepat je pudar.. tp dlm sebulan lepas muka sy tetiba naik jerawat bnyk kat dagu.. setiap hari ad je jerawat baru naik n jerawat yg sedia ad x hilang pun.. parut pun mmang susah nak hilang dah.. lagi satu sy perasan salur darah kat muka saya ni makin nampak ketara.. sampai saya jadi seram.. jadi saya buat keputusan tuk berhenti.. guest what, muka sy breakout teruk... tp awal2 berhenti tu jerawat x naik bnyk lg,, just stu dua jaa.. lepas dua minggu stop perghh mcm peluru jerawat tu naik��..pastu muka jadi gelap n kusam... now sy still on treatment kat klinik astetik.. harap2 muka saya boleh pulih semula..

    ReplyDelete
  26. mcm mana nk berenti pakai produk bahaya mcm tu? saya tengah stop pakai. bila agaknya boleh pakai produk drugstore? kena rehatkan muka dulu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpyah reht pun xpe..blh je trus pkai..follow ig @dr_ingky pakar kulit

      Delete
  27. Huhu.. Sy prnh cmni jugak,guna skincare yank*.. Produk yg mengandungi merkuri, at first mmg syok la, sbb kulit okay, flawless n glowing..bt kulit jd nipis lama2.. Rashes byk..pedih sgt bila pkai day cream.. So i stopped using it.. I buat skin fasting.. For 1 month.. Mmg kulit jd kusam,pimples x byk tp kulit jd gelap n kusam..so after that, i mkn byk sayuq n buah tuk neutralkan balik dr bhn merkuri dlm bdn.. Now okay.. Hehe..i guna ampoule shj, tue pon bkn produk tempatan, serik dh.. I guna nature republic pnye ampoule, beli dr korea.. Yg org sni jual pon xleh prcaya..harga murah, tp bhyakan muka.. Huhuhu

    ReplyDelete
  28. Ada tak yg pernah try mylara skincare?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pernh pkai mylara skincare..makin lama,mkin gelap sy punya skin,satu lg xde perubahan apa pun..lg nmpak kusam adala....

      Delete
    2. Pernh pakai,dri tkde jerawat terus mendadak jerawat naik mcm cemdawan tumbuh

      Delete
  29. Saya pun ada pengalaman menggunakan brilliant skincare, muka saya mmg ada parut jerawat. 2 weeks masa mula-mula pakai mmg muka bersih and licin plus putih but after few month pakai muka saya start naik jerawat besar and nanah. so saya terus stop pakai. And now saya menyesal sgt2. So please jgn laa pakai produk timbang kilo ni lambat atau cepat pasti akn terkesan jugak

    ReplyDelete
  30. And sesiapa pun korang, saya pernah kena teruk lagi dari ni, jerawar batu penuh dekat satu muka, and alhamdulillah everything better . Nk tahu apa yang saya buat , can dm my ig @_w4nae

    ReplyDelete
  31. Trust me, actually products ni it depends on muka kita. Sy pernah ada pengalaman mcm penulis ms tu d UUM sy stopped pakai sbb muka cepat merah, mmg naik biji2 metah, sy pernah try Mary Kay last yr br and x sesuai, jenama inyernational mcm Dermalogica pun x work, product aromaterapi jer yg ok but jeragat x hilang, cara guna Mylea serum pun x ok, STinggi ok tp jeragat x hilang, sekrg guna Atomy ok but jeragat still x krg😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm cuba skincare fully botanical ni.KKM & HSA Approved.Jln2 kat fb sis https://www.facebook.com/anies.maniesha

      Delete
  32. Untuk sis2 yg ingin saya guide penggunaan produk Mary Kay blhlah ws saya yer. Kita scan kulit dulu tgk jenis kulit dan masalah kulit yg sis ingin selesaikan. Biar lmbt asal selamat.

    http://www.wasap.my/60126284941

    ReplyDelete
  33. Saya baru je Beli Dan guna jenama brilliant reju . Muka Saya sedang mengelupas. Bila terbaca komen2 ni. Serious ada perasaan takut juga

    ReplyDelete
  34. Aku xtau la nk kata briliant ni x elok atau x.. Dlu aku pkai 1 produk trkenal dn mahal bagi aku .snggup hbis 300 utk 2 bulan stgh taun aku cnsume alik2 org tgur muka aku mkin kusam mkin x bseri . Naik jeragat muka x bmaya lgsung.smpai Kwn aku suggest briliant set reju ori hq .. Cara pggunaan buh toner pkai krim malam sabun muka mcm mna.. Skrg bru ok. Aku x make up pun xnampk pucat x nampk kusam ya amat mcm dlu. Dlu nk klua skjap pun kna pkai serum ngn loose powder spaya x nk nmpk muka kusam.. Skrg aku bru 6 bulan pkai set briliant. 2 bulan pkai reju.. 4 bulan pkai whitening. Jgn cnsume trus set reju sbb tu kulit mkin nipis dn pedih.. Beauty is really pain. Kna sbar je. Mna yg bru nk pkai set briliant pstikan beli scan brcode..kalau x klua hq depa bsiap sdia la anda

    ReplyDelete
  35. aku guna sabun beras je alhamdulillah elok

    ReplyDelete
  36. Gak jadi nyobain brilliant reju deh. Bahaya ternyata huhu, semangat awak semuaa

    ReplyDelete
  37. Top Bet UK Sportsbooks | RBC Bet | ThtoBet
    Top Bet UK Sportsbooks · rb88 Ladbrokes · William Hill · Ladbrokes · Coral · Betfair 메리트카지노총판 · VBets 메리트카지노 · Coral · Betsson

    ReplyDelete